Sabtu, 16 Mac 2013

TELATAH UPIN & IPIN DI DALAM KELAS

Jom kita tengok sedikit sedutan daripada cerita Upin & Ipin yang bertajuk "TADIKA". Apa pendapat anda semua? Apakah yang harus dilakukan oleh guru itu ketika menghadapi situasi begini dalam kelas? Anda boleh tinggalkan sebarang pendapat pada ruang komen di bawah. Terima Kasih ^_^



TUGASAN PROJEK

Situasi dalam kelas 3 Mesra:


"Ish, Ish....apa nak jadi dengan kelas ni", keluh Cikgu Daniel setiap kali masuk kelas 3 Mesra". Murid- murid, sila duduk di tempat masing- masing", arah Cikgu Daniel. Semua murid tidak mengendahkan arahan Cikgu Daniel. Cikgu Daniel terus memulakan pengajaran pada waktu itu tanpa mempedulikan murid- murid yang masih berkeliaran dalam bilik darjahnya. Apabila sesi pengajaran berakhir, Cikgu Daniel terus meninggalkan kelas tanpa mempedulikan murid- murid yang masih leka dengan hal masing- masing.





Berdasarkan situasi dalam kelas 3 Mesra, kami telah membina beberapa aktiviti untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang positif dalam bilik darjah. Berikut adalah beberapa  aktiviti yang dicadangkan kepada Cikgu Daniel.
Rasional:
Nama aktiviti : islah diri
Rasional :



Aktiviti 1: 

Nama Aktiviti : Bintang Hati

1) Menggalakkan murid berakhlak dengan akhlak yang mahmudah dalam kehidupan seharian mereka.
2) Murid akan sedaya upaya menjauhi atau meninggalkan perbuatan atau perlakuan yang tidak baik dan kurang sopan.
3) Guru akan dapat mengesan murid- murid yang mempunyai masalah tingkah laku.

Pelaksanaan :
1. Guru menyediakan jadual yang mengandungi nama setiap murid dalam kelas tersebut.
2. Kemudian, guru menyediakan kertas warna berbentuk bintang yang berwarna kuning dan hitam.
3. Bintang berwarna kuning menunjukkan kelakuan yang diingini, manakala bintang berwarna hitam menunjukkan kelakuan yang tidak diingini.
4. Guru akan menampal bintang tersebut berdasarkan kelakuan setiap murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
5. Murid yang paling banyak mengumpul bintang berwarna kuning akan mendapat ganjaran manakala murid yang mendapat bintang berwarna hitam akan dikenakan hukuman atau dendaan.

Aktiviti 2:


1) Memperbaiki akhlak dan tingkah laku murid
2) Mewujudkan suasana pembelajaran yang positif dalam bilik darjah
3) Merekodkan kesalahan- kesalahan yang biasa dan gemar dilakukan oleh murid-murid.

Pelaksanaan :
1. Guru menyediakan rekod kesalahan yang dilakukan oleh murid dan ditampal di belakang kelas.
2. Guru menyenaraikan nama murid dan jenis- jenis kesalahan yang dilabelkan dengan huruf A, B, C atau sebagainya.
3. Apabila seseorang murid itu didapati melakukan kesalahan, maka guru akan menandakan / pada ruangan yang berkenaan.
4. Setiap hari, di akhir sesi pengajaran guru akan merekodkan  kesalahan yang dilakukan oleh murid dan membuat tindakan pembetulan/ akibat  kepada murid- murid yang berkenaan.
5. Mana- mana murid yang tidak menunjukkan perubahan tingkah laku selepas dikenakan hukuman atau tindakan akan bertemu dengan guru kaunseling untuk sesi kaunseling.



Aktiviti 3

Nama aktiviti: Main Dalam Belajar

Rasional:
1) Menggalakkan murid berkembang dalam kelas dengan pelajaran yang dimasukkan dalam permaianan mereka.
2) Mewujudkan suasana bermain yang terkawal dalam kelas serta murid seronok dalam pelajaran mereka.
3) Menyedarkan murid tentang kepentingan belajar.

Pelaksanaan:
1)    Guru perlu megenalpasti masalah pembelajaran serta kebolehan murid dalam pembelajaran.
2)    Guru menyediakan suatu aktiviti permainan yang menarik minat pelajar untuk belajar.
3)    Guru menghubungkan permainan dengan pelajaran berorientasikan skop tajuk sesuatu mata pelajaran. Contohnya, permainan batu seremban dalam matematik.
4)    Guru juga perlu mengawal  permainan agar tidak lari dari matlamat asal.
5)    Sebagai peneguhan murid diberikan hadiah alatan menulis.