Jumaat, 15 Mac 2013

KONSEP DISIPLIN BILIK DARJAH




Pengurusan bilik darjah yang berkesan mempunyai asas pengurusan disiplin yang kukuh. Perkataan disiplin sendiri berasal daripada perkataan Latin iaitu disciplina yang bermaksud mengajar. Melalui kamus bahasa pula, disiplin bermaksud kawalan yang diperolehi dariapada penguatkuasaan peraturan. Mengikut Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979) disiplin membawa maksud kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang- undang sama ada disiplin dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri. Disiplin juga bermaksud kesanggupan seseorang bekerja atau membuat sesuatu dengan tertib, meghormati hak individu lain, mengamalkan tingkah laku yang baik, hormat- menghormati, tolong- menolong dan sentiasa berusaha membaiki keadaan sedia ada menerusi usaha yang membina.


Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel. 2009. Siri Pendidikan Guru: Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Oxford Fajar Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan