Jom kita tengok sedikit sedutan daripada cerita Upin & Ipin yang bertajuk "TADIKA". Apa pendapat anda semua? Apakah yang harus dilakukan oleh guru itu ketika menghadapi situasi begini dalam kelas? Anda boleh tinggalkan sebarang pendapat pada ruang komen di bawah. Terima Kasih ^_^
Sabtu, 16 Mac 2013
TUGASAN PROJEK
Situasi dalam kelas 3 Mesra:
"Ish, Ish....apa nak jadi dengan kelas ni", keluh Cikgu Daniel setiap kali masuk kelas 3 Mesra". Murid- murid, sila duduk di tempat masing- masing", arah Cikgu Daniel. Semua murid tidak mengendahkan arahan Cikgu Daniel. Cikgu Daniel terus memulakan pengajaran pada waktu itu tanpa mempedulikan murid- murid yang masih berkeliaran dalam bilik darjahnya. Apabila sesi pengajaran berakhir, Cikgu Daniel terus meninggalkan kelas tanpa mempedulikan murid- murid yang masih leka dengan hal masing- masing.
Berdasarkan situasi dalam kelas 3 Mesra, kami telah membina beberapa aktiviti untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang positif dalam bilik darjah. Berikut adalah beberapa aktiviti yang dicadangkan kepada Cikgu Daniel.
Rasional:
Nama aktiviti : islah diri
Rasional :

Aktiviti 1:
Nama Aktiviti : Bintang Hati
1) Menggalakkan murid berakhlak dengan akhlak yang mahmudah dalam kehidupan seharian mereka.
2) Murid akan sedaya upaya menjauhi atau meninggalkan
perbuatan atau perlakuan yang tidak baik dan kurang sopan.
3) Guru akan dapat mengesan murid- murid yang mempunyai
masalah tingkah laku.
Pelaksanaan :
1. Guru menyediakan
jadual yang mengandungi nama setiap murid dalam kelas tersebut.
2. Kemudian, guru
menyediakan kertas warna berbentuk bintang yang berwarna kuning dan hitam.
3. Bintang berwarna
kuning menunjukkan kelakuan yang diingini, manakala bintang berwarna
hitam menunjukkan kelakuan yang tidak diingini.
4. Guru akan
menampal bintang tersebut berdasarkan kelakuan setiap murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
5. Murid yang
paling banyak mengumpul bintang berwarna kuning akan mendapat ganjaran manakala
murid yang mendapat bintang berwarna hitam akan dikenakan hukuman atau dendaan.
Aktiviti 2:
1) Memperbaiki akhlak
dan tingkah laku murid
2) Mewujudkan
suasana pembelajaran yang positif dalam bilik darjah
3) Merekodkan
kesalahan- kesalahan yang biasa dan gemar dilakukan oleh murid-murid.
Pelaksanaan
:
1. Guru menyediakan
rekod kesalahan yang dilakukan oleh murid dan ditampal di belakang kelas.
2. Guru
menyenaraikan nama murid dan jenis- jenis kesalahan yang dilabelkan dengan huruf A, B, C atau sebagainya.
3. Apabila
seseorang murid itu didapati melakukan kesalahan, maka guru akan menandakan /
pada ruangan yang berkenaan.
4. Setiap hari, di
akhir sesi pengajaran guru akan merekodkan
kesalahan yang dilakukan oleh murid dan membuat tindakan
pembetulan/ akibat kepada murid- murid
yang berkenaan.
5. Mana- mana murid
yang tidak menunjukkan perubahan tingkah laku selepas dikenakan hukuman atau
tindakan akan bertemu dengan guru kaunseling untuk sesi kaunseling.
Aktiviti 3
Nama aktiviti: Main Dalam Belajar
Rasional:
1) Menggalakkan murid berkembang dalam kelas dengan pelajaran yang dimasukkan dalam permaianan mereka.
2) Mewujudkan suasana bermain yang terkawal dalam kelas serta murid seronok dalam pelajaran mereka.
3) Menyedarkan murid tentang kepentingan belajar.
Pelaksanaan:
1) Guru perlu megenalpasti masalah pembelajaran serta kebolehan murid dalam pembelajaran.
2) Guru menyediakan suatu aktiviti permainan yang menarik minat pelajar untuk belajar.
3) Guru menghubungkan permainan dengan pelajaran berorientasikan skop tajuk sesuatu mata pelajaran. Contohnya, permainan batu seremban dalam matematik.
4) Guru juga perlu mengawal permainan agar tidak lari dari matlamat asal.
5) Sebagai peneguhan murid diberikan hadiah alatan menulis.
Jumaat, 15 Mac 2013
KONSEP DISIPLIN BILIK DARJAH
Pengurusan bilik darjah yang berkesan
mempunyai asas pengurusan disiplin yang kukuh. Perkataan disiplin sendiri
berasal daripada perkataan Latin iaitu disciplina yang bermaksud
mengajar. Melalui kamus bahasa pula, disiplin bermaksud kawalan yang diperolehi
dariapada penguatkuasaan peraturan. Mengikut Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979)
disiplin membawa maksud kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi
undang- undang sama ada disiplin dikenakan dari luar atau dengan kerelaan
sendiri. Disiplin juga bermaksud kesanggupan seseorang bekerja atau membuat
sesuatu dengan tertib, meghormati hak individu lain, mengamalkan tingkah laku
yang baik, hormat- menghormati, tolong- menolong dan sentiasa berusaha membaiki
keadaan sedia ada menerusi usaha yang membina.
Haliza Hamzah & Joy Nesamalar
Samuel. 2009. Siri Pendidikan Guru: Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku.
Oxford Fajar Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor.
KONSEP PENGURUSAN BILIK DARJAH
Ramai pendidik mengaitkan pengurusan
bilik darjah dengan kaedah- kaedah untuk menangani masalah disiplin di dalam
bilik darjah. Ia juga sering dilihat sebagai sesuatu yang guru perlu lakukan
sebelum pengajaran sebenar bermula.
Aktiviti seterusnya dalam pengajaran dan pembelajaran ditafsirkan sebagai suatu aspek yang berasingan. Ia seolah- olah guru perlu melaksanakan pengurusan bilik darjah terlebih dahulu dan selepas itu barulah memulakan pengajaran. Tetapi kini pandangan seperti ini sudah mula berubah dengan adanya kajian yang menunjukkan bahawa pengurusan bilik darjah dan pengajaran bukanlah dua aspek berasingan tetapi saling berkait rapat. Kajian juga menunjukkan bahawa pengurusan bilik darjah yang berkesan menyumbang kepada pencapaian akademik yang lebih tinggi. Hal ini sememangnya jelas kerana murid tidak boleh belajar dalam keadaan yang tidak teratur. Pengurusan bilik darjah juga merupakan faktor penting dalam mempengaruhi motivasi, tahap penglibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta tingkah laku dan sikap murid di dalam bilik darjah. Menurut Richard (1990), pengurusan bilik darjah merupakan organisasi dan kawalan guru ke atas tingkah laku, pergerakan serta interaksi murid semasa pembelajaran berlangsung supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan. Menurut Alberto & Troutman (1986), pengurusan bilik darjah boleh didefinasikan sebagai kemahiran guru mengurus masa, ruang, sumber pembelajaran, peranan dan tingkah laku murid dalam meyediakan suatu iklim yang sesuai untuk pembelajaran.
Pengurusan bilik darjah perlu dilihat sebagai bidang yang lebih luas daripada hanya kawalan bilik darjah dan peraturan. Hal ini termasuklah semua perkara yang perlu dilakukan oleh seorang guru untuk menggalakkan penglibatan dan kerjasama dalam aktiviti bilik darjah serta membentuk persekitaran yang produktif (Sanford J., Emmer E. & Clemments B.) Pengurusan bilik darjah adalah satu proses yang akan memastikan kelancaran dan keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.

Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel.
2009. Siri Pendidikan Guru: Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Oxford
Fajar Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor.
Selasa, 5 Mac 2013
PENGENALAN
Assalamualaikum w.b.t...
Blog ini merupakan blog pertama kami yang berkaitan dengan segala maklumat tentang pengurusan bilik darjah berkesan. Menerusi tugasan ini, kami perlu:
1. Membina aktiviti untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang postitif dalam bilik darjah.
2. Aktiviti ini hendaklah dimuat naik ke dalam blog secara berasingan.
3.Setiap aktiviti yang dimuat naik hendaklah mendapat komen membina daripada pelajar lain.
Semoga kami dapat lakukan yang terbaik, doakan kami. :)
Kami akan cuba menyajikan aktiviti- aktiviti yang terbaik untuk anda... :)
Langgan:
Catatan (Atom)